Rabu, 25 Mac 2009

PROGRAM MESRA RAKYAT JKP MPSJ ZON 15

Penduduk bergambar ramai setelah majlis tamat
Peserta Senam Arobik yg mengharumkan nama PU 5

Antara penduduk yg hadir


Tarian daripada anak-anak PU 5




Satu persembahan yg bertenaga drp PU 5



Telah selamat diadakan pada 22 Mac 2009 bertempat di Puchong Court 1 baru-baru ini.





Terima kasih atas kehadiran lebih kurang 30 orang penduduk dalam majlis tersebut.





Terima kasih juga kepada pihak JKP kerana pemberian 3 buah hamper sebagai saguhati





atas persembahan senaman arobik serta tarian dari penduduk PU 5






Khamis, 19 Mac 2009

JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) ZON 15







Untuk makluman semua penduduk, Persatuan Penduduk PU 5, Puchong Utama ini adalah bernaung di bawah Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 15. Objektif penubuhan JKP ini adalah mengwujudkan hubungan dua hala dan persefahaman antara MPSJ dan penduduk, menyalurkan aktiviti dan mendapatkan maklumat permasalahan penduduk.






Tuan Choong Yew Lim, Ahli Majlis MPSJ telah dilantik untuk menerajui JKP Zon 15 ini dan sebarang permasalahan mengenai MPSJ boleh dikemukakan kepada beliau untuk dibawa ke peringkat MPSJ. Pihak persatuan berasa bebesar hati kerana pihak pengurusan JKP Zon 15 telah bersetuju melantik salah seorang Ahli Persatuan untuk menganggotai keahlian JKP ini.



Pihak persatuan telah melantik En. Arba'ain Bin Jaffar selaku Timbalan Pengerusi, Persatuan Penduduk PU 5, untuk menganggotai JKP tersebut dan mengetuai Biro Kebersihan dan Alam Sekitar.






Pada 08 Januari 2009 yang lalu, pihak JKP telah menganjurkan Dialog Bersama Polis di Dewan MPSJ Bt, 14 Puchong dan pihak persatuan penduduk telah menghantar 30 orang wakil bagi menghadirinya dan ianya mendapat pujian dan ucapan terima kasih daripada Tuan Choong. Pada 22 Mac 2009 Ahad ini pihak JKP akan menganjurkan Program Mesra Rakyat di Puchong Court1, Puchong Utama. Dimajlis tersebut pihak persatuan telah dilantik untuk menguruskan Senam Arobik, Persembahan Tarian Tradisional Dewasa dan Kanak-Kanak serta Kaunter Pemeriksaan Kesihatan. Diharap semua penduduk dapat menjayakan program tersebut.