Khamis, 25 Mac 2010
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PU 5 VOLEYBALL
JUARA KEJOHANAN BOLATAMPAR PU 5 ( JLN PU 5/4 gANJIL)
MajlisPenyampaian Hadiah Pertandingan Bolatampar PU 5 telah selamat diadakan pada 12 Mac 2010 Jumaat jam 9.00 malam yang lalu. Majlis telah dihadiri oleh YB Dato' Dr. Hj. Satim Bin Diman, selaku ADUN Sri Serdang dan seterusnya meyampaikan hadiah kepada para pemenangnya. Lebih kurang 100 orang penduduk telah menghadirinya dan penduduk dijamu dengan hidangan BBQ. Sebelum majlis berakhir telah diadakan satu perlawanan persahabatan antara juara kejohanan (PU 5/5 Ganjil) menentang pilihan PU 5.
Selasa, 9 Mac 2010
KEJOHANAN BOLATAMPAR PU 5
Dirasmikan oleh Tn. Michael Tamilarason, Ahli Majlis MPSJ merangkap Pengerusi JKP MPSJ Zon 15 pada 06 Mac 2001 Sabtu jam 9.00 malam yang lalu. Tujuan kejohanan ini diadakan bagi memberi peluang kepada penduduk mempamerkan bakat kesukanan dan seterusnya menjalinkan persahabatan yang erat sesama penduduk terutama mengikut lorong-lorong.
Kejohanan ini telah disertai sebanyak 10 buah pasukan yang dibentuk mengikut lorong masing-masing. Antara pasukan yang bertanding ialah :-
1) Jalan PU 5/1A - Kumpulan Haru Biru
2) Jalan PU 5/1B - Kumpulan Enam Jahanam
3) Jalan PU 5/2 - Kumpulan Lipan Bara
4) Jalan PU 5/3 & 5/3A
5) Jalan Pu 5/4 Genap - Kumpulan Road Warior
6) Jalan PU 5/5 Ganjil & Genap - Kumpulan Tengiling Malam
7) Jalan PU 5/4 Ganjil - Kumpulan Red Fox
8) Belia PU 5 - Kumpulan Harimau Muda
9) Wanita A
10) Wanita B
Dalam kejohanan ini Jalan PU 5/5 Ganjil telah memenangi acara ini setelah menewaskan Jalan PU 5/2 diperingkat final yang dijalankan pada hari Ahad 07 mac jam 10.00 malam. Manakala tempat ke 3 dimenangi oleh Jalan PU 5/4 genap yang menewaskan 5/1A.
Selasa, 2 Mac 2010
SAMBUTAN MAULIDULRASUL1431 HIJRAH
Langgan:
Catatan (Atom)