Satu mesyuarat bersama & lawatan tapak oleh Ustaz Zainuddin dari Bhg Pengurusan Masjid Jbt Agama Islam Selangor telah di adakan pd 16 Ogos 2008 Sabtu jam 11.00 pagi yg lalu. Lawatan tersebut adalah dari susulan surat persatuan mengenai rayuan dikaji semula kebenaran mendirikan surau di tapak sekolah agama serta mesyuarat AJK bersama beliau pada 14 Ogos 2008 di Bangunan JAIS.
Secara keseluruhannya beliau bersetuju untuk menyokong permohonan mendirikan sebuah surau sementara di tapak sekolah agama dan akan dimajukan ke mesyuarat peringkat JAIS
1 ulasan:
Perjuangan yg belum selesai, perjuangan yg menuntut pengorbanan masa yang terlalu tinggi, Perjuangan bagi demi masa depan kedaulatan Islam dan anak2 cucu kita dan ianya akan terpahat sebagai kitalah pembuka segala-galanya di PU 5 Puchong Utama
Catat Ulasan