Rabu, 27 Ogos 2008

GTG RYG SURAU WAKAF

Antara tenaga pakar yg dtg dlm gtg ryg kali ini
Nampaknya Abg Kamarudin TNB kita ni kepenatan agaknya

Kanvas yg akan digunakan untuk dijadikan melapik lantai surau

Kerja2 meratakan tanah & memasang kanvas


Pertama ucapan terima kasih atas keperhatinan seorg HAMBA ALLAH yg telah sudi mewakafkan rumahnya di No. 1, Jln PU 5/2 untuk dijadikan surau sepanjang bulan ramadhan tahun ini.








Gtg ryg ini telah diadakan pd 23 Ogos jam 9.00 pagi







Khamis, 21 Ogos 2008

MESY & LAWATAN PIHAK JAIS KE TAPAK SURAU






Satu mesyuarat bersama & lawatan tapak oleh Ustaz Zainuddin dari Bhg Pengurusan Masjid Jbt Agama Islam Selangor telah di adakan pd 16 Ogos 2008 Sabtu jam 11.00 pagi yg lalu. Lawatan tersebut adalah dari susulan surat persatuan mengenai rayuan dikaji semula kebenaran mendirikan surau di tapak sekolah agama serta mesyuarat AJK bersama beliau pada 14 Ogos 2008 di Bangunan JAIS.


Secara keseluruhannya beliau bersetuju untuk menyokong permohonan mendirikan sebuah surau sementara di tapak sekolah agama dan akan dimajukan ke mesyuarat peringkat JAIS

Isnin, 18 Ogos 2008

GAMBAR2 MESYUARAT AGUNG PERSATUAN






MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK






Telah berlangsung pada 15 Ogos 2008 jam 8.00 mlm Jumaat yang lalu. Ianya telah dirasmikan oleh Tn Choong Yew Lim, Ahli Majlis MPSJ merangkap Pengerusi JKP MPSJ Zon 15. Lebih kurang 150 org penduduk telah menghadirinya. Semua ajk bagi penggal 2007-2008 telah dilantik semula dan jwt penolong ketua lorong serta wakil bangsa cina & india telah diwujudkan bg memberikan lebih peluang kpd mereka untuk aktif dlm persatuan ini. Selepas acara berlangsung penduduk diraikan dgn jamuan BBQ & Karaok

Isnin, 11 Ogos 2008

GTG-RYG KENDURI KAHWIN DI RUMAH FEROZ TNB





Gtr ryg ini diadakan pd 9-10 August yang lalu. Pihak persatuan mewakili En Feroz mengucapkan terimakasih kpd semua yg hadir dlm menjayakan kenduri perkahwinan beliau.

Isnin, 4 Ogos 2008

KEMPEN KIBAR BENDERA MALAYSIA





Satu kempen kibar bendera telah diadakan bersama pihak MPSJ pd 2 Aug 2008 Sabtu jam 9 pagi. Lebih kurang 30 penduduk telah menghadirinya. Wakil media dari Sinar Harian, Star & Nanyang Siang Pau juga telah membuat liputan kempen ini