Selasa, 27 April 2010

LWT KE RUMAH ANAK YATIM

Antara barang keperluan yang disumbangkan

Persembahan nasyid drp anak-anak yatim
Sebahagian penduduk yg hadir







Biro Wanita telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih Kg Sri Aman Puchong pada 25 April 2010 jam 5.00 petang yang lalu.

Lebih kurang 50 orang penduduk turut serta dan berkonvoi dalam 11 buah kenderaan menuju ke tempat tersebut. Pada majlis tersebut pelbagai sumbangan daripada penduduk PU 5 seperti barang-barang keperluan dapur serta wang tunai telah diserahkan kepada Penyelia rumah anak yatim tersebut.

Pada majlis tersebut, penduduk telah diberi taklimat ringkas pentadbiran rumah tersebut dan disajikan dengan persembahan kumpulan nasyid dan tarian silat berirama oleh penghuni rumah tersebut. Diakhiri lawatan penduduk berpeluang beramah mesra dengan anak-anak yatim tersebut dan berpeluang melawat persekitaran rumah tersebut