Khamis, 23 September 2010

VIDEO-VIDEO PROGRAM BARA'AN RAYA

PROGRAM BARA'AN RAYA 2010 PU 5


Program Bara'an Raya 2010 PU 5, telah
diadakan pada 17 (Jumaat) dan 18 (Sabtu) September 2010 bersamaan 8 dan 9 Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu.

Pada 17 September Jumaat Bara'an diadakan di Lorong PU 5/4 dan 5/5 dimana ianya bermula jam 9.00 malam dan berakhirnya jam 1.00 pagi dengan 20 buah rumah telah diziarahi.

(Tuan Pengerusi En. Arba'ain sedang menyambut penduduk yang datang menziarahi rumah beliau)



Pada 18 September Sabtu, ianya diadakan di
Lorong PU 5/1, 5/1A, 5/2, 5/3A dan 5/3 dengan
16 buah rumah telah dikunjungi
(Sebahagian penduduk yang menghadiri Program Bara'an tersebut)



Konsep Bara'an Raya pada tahun ini telah diubah dimana setiap rumah yang dikunjungi hanya dibacakan Doa Selamat sahaja, manakala makanan dan minuman disediakan pada rumah yang ditetapkan setiap lorong bagi mengelakkan pembaziran.
(Ustaz Zubir dengan gaya tersendiri mengambil laksa)


Program Bara'an Raya PU 5 tahun 2010 ini juga mencetus kelainan dengan diringi paluan kompang yang diketuai oleh En. Abd Rahman yang mewakili Kelab Kompang PU 5.
(Pak Long bersama Ahli Kumpulan Kompang)
Pihak persatuan merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua penduduk dalam menjayakan Program Bara'an Raya PU 5 2010 ini dan ianya membuktikan semangat persaudaraan sesama kita di kawasan taman perumahan ini.


Isnin, 6 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PU 5




Telah diadakan pada 02hb September 2010 Khamis bersamaan 23 Ramadhan 1431 Hijrah.

Majlis adalah anjuran bersama Persatuan Penduduk PU 5, Puchong Utama dan Surau Al-Mawaddah PU 5, Puchong Utama











Majlis diserikan dengan kehadiran Chif Inspektor Muhamat Sarif, Ketua Balai Polis, Bandar Bukit Puchong bersama para anggotanya.

Penyerahan Borang 'Balik Kampung Rumah Selamat ' daripada penduduk PU 5 kepada pihak Polis juga telah diadakan pada majlis tersebut.











Antara penduduk dan tetamu yang hadir pada majlis berbuka terebut dan pihak persatuan merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk bantuan dari Biro Wanita dalam penyediaan makanan majlis tersebut.










Perbincangan dan penerangan mengenai kawasan perumahan PU 5 juga telah disampaikan kepada Chif Inspketor pada majlis tersebut












Doa Selamat dan Berbuka Puasa dibacakan oleh Ustaz Ali Yahya selaku Imam Surau Al-Mawaddah PU 5, Puchong Utama dan seterusnya bagi memberkati majlis tersebut.