Rabu, 25 Jun 2008

SOROTAN AKTIVITI 2007





Majlis ziarah raya (Baraan) telah diadakan pd awal Syawal 2007 yang lalu dengan kehadiran lebih kurang 50 orang penduduk. Lebih kurang 20 rumah penduduk telah diziarahi pada malam tersebut dengan sesebuah rumah diperuntukkan masa dalam 10 minit sahaja. Sambil menziarahi penduduk berselawat beramai2 dan seterusnya membaca doa selamat untuk penghuni rumah tersebut. Dan menjadi satu kebangaan kepada penduduk dengan membuktikan hidup di tengah bandar kita mampu melakukan seperti yang diamalkan di kampung2.

SOROTAN AKTIVITI TAHUN 2007





Gotong Royong membina pondok guard ini telah dijalankan pada bulan October 2007 yang lalu. Uniknya gotong royong ini adalah ianya dilakukan pada malam Ramadhan iaitu selepas penduduk bersolat tarawih dan gotong royong ini berakhir jam 2.oo pagi dan semua penduduk bersahur di pondok tersebut.

SOROTAN AKTIVITI TAHUN 2007





Majlis Khatam Quran telah di adakan pada penghujung Ramadhan 2007 yang lalu bertempat di Surau Wakaf. Lebih kurang 70 orang penduduk telah menghadiri dan majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Ali Yahya selaku Imam di kawasan ini.

SOROTON AKTIVITI PERSATUAN TAHUN 2007





Pihak urusetia akan cuba memaparkan kembali gambar2 aktiviti persatuan yg telah dijalankan pd tahun 2007 yg lepas untuk ingatan kita bersama.


Terdapat beberapa aktiviti besar yg dijalankan sepanjang tahun 2007 yg lalu iaitu Hari Keluarga & Sukaneka pada awal Disember 2007, Sambutan Hari Raya pada October 2007 , Sambutan Tahun Baru 2008, Majlis Suaikenal & Gotong Royong pada Jun 2007


Kita mulakan dulu dgn gambar2 semasa aktiviti Majlis Suaikenal & Gotong Royong yg diadakan pada awal Jun 2007 yg lalu. Di mana perasmian Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Haji Sufian selaku Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ Zon 19 dan tetamu VIP jemputan kita ialah Inspektor Basri Bin Sagoni iaitu Ketua Balai Polis Bandar Bukit Puchong.


Rabu, 18 Jun 2008

KENDURI KAHWIN RUMAH USTAZ ALI










Terima kasih kpd semua penduduk yg menjayakan. Selama 3 hari kita berkampung dirumah Ustz Ali dari 13hb sehingga 15hb Jun 2008 bagi menjayakan perkahwinan anak lelakinya. Tahniah kpd semua kerana akhirnya kita dpt membuktikan kita mampu menguruskan perkahwinan ini dgn sendiri tanpa memerlukan bantuan org luar . Kita memasaknya bagi jamuan untuk 1000 org & ianya satu pencapaian yg menakjubkan walapun ada kesilapan & kelemahan kecil yg boleh kita baiki di masa2 akan datang.

Rabu, 11 Jun 2008

GTG RYG BUBUR ASYURA





Bersempena Awal Muharam yg lalu , pihak persatuan juga menganjurkan gtg ryg memasak bubur asyura sebanyak 2 kali iaitu pd 23 Januari (Bubur Asyura Perak ) & 17 febuari 2008 (Bubur Asyura Kelantan) yg lalu. Sambutan drp penduduk yg hadir dlm membantu gtg ryg tersebut adalah mengalakkan & mereka bersama berganding bahu dgn pihak wanita menyediakan bahan2nya dan pihak lelaki memasaknya. Setelah selesai memasak bubur tersebut di agih2kan kpd semua penduduk.

SAMBUTAN MAULIDULRASUL





Bersempena Hari Maulidulrasul baru2 ini pihak persatuan telah mengadakan sambutannya pada 29 Mac 2008 bertempat di Wakaf Tmn Permainan Kanak2. Dimajlis tersebut diadakan juga kenduri cukur jambul anak penduduk yg baru lahir. Majlis tersebut juga diserikan dgn ceramah agama, bacaan Al-Quran serta persembahan nasyid oleh kanak2 dan diakhiri dgn jamuan. Lebih kurang 100 org penduduk telah menghadiri & pihak persatuan mengucapkan terima kasih yg hadir dan ini menunjukkan penduduk juga peka kpd aktiviti yg bercorak keagaaman.

GTR RYG MEMBINA PADANG BOLA




Gtg ryg membina padang bola telah diadakan pada 23 Mac 2008 yang lalu. Ianya di bina di tapak sekolah agama berhadapan dgn Jln PU 5/4 (Ganjil). Tujuan ianya dibina bagi memberikan peluang kpd kanak2 terutama golongan remaja untuk bermain bolasepak kerana taman permainan sediada terlalu kecil dan lebih sesuai untuk kanak2 kecil sahaja.

GTR RYG BINA STOR PERSATUAN PENDUDUK




Gtg ryg ini telah dijalankan pd 06 Apr 2008 yg lalu. Kehadiran penduduk adalah lebih kurang 30 org. Penduduk bergtg ryg membina stor tersebut dari pagi hingga ke tengahari yg akan digunakan untuk menyimpan peralatan persatuan seperti pinggan mangkuk, kerusi meja & sebagainya.

HARGAILAH KEINDAHAN KWS TMN KITA





Selasa, 10 Jun 2008

MESYUARAT BERSAMA DATO HASSAN ALI



Satu mesyuarat bersama Dato' Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor telah di adakan pd 14hb Mei 2008 yg lalu bertempat di Bgn SUK Shah Alam. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk meminta Dato' Hassan Ali membantu agar dapat meminta pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengkaji semula permohonan mendirikan sebuah surau (sementara) di tapak sekolah agama di kws perumahan kita.


Dalam mesyuarat tersebut penduduk yg hadir ialah En Hairuddin (Pengerusi Surau), En Megat Husin (Setiausaha Surau), En Mohd Arif Jantan (AJK Surau) & En Zuraidi (Urusetia Persatuan). Hasil drp keputusan tersebut Dato' Hassan Ali bersetuju untuk meminta pihak JAIS mengkaji semula permohonan itu dan akan mengarahkan pihak JAIS agar turun padang meninjau tapak yg dipohon dan mengadakan perbincangan dgn penduduk

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Ribuan ampun & maaf pihak urusetia mohon atas pertukaran alamat Blog. I ni adalah kerana berlaku kerosakan teknikal & server ketika proses download. Ianya menyebabkan berlaku kehilangan data serta tidak sempat disave dlm pc. Pihak urusetia akan cuba untuk mengaktifkannya semula.

Seperti sedia maklum tujuan Blog ini diwujudkan bagi menyampaikan segala maklumat serta memaparkan berkenaan aktiviti persatuan penduduk yg terkini dan ianya akan diselang-seli dgn arkib rencana lama yg boleh dijadikan manafaat & panduan kita bersama. Pihak urusetia juga berharap agar ahli-ahli dapat memainkan peranan dlm mengembangkan Laman Web & Blog ini iaitu turut sama menghantar bahan, pendapat & gambar untuk dikongsi bersama dan ianya akan menjadi satu tatapan untuk generasi akan datang dan seterusnya menjadi koleksi yang bersejarah buat persatuan penduduk ini.