Rabu, 27 Oktober 2010

GTG RYG BERSIH SISA BINAAN TAPAK SURAU

Satu gotong royong membersihkan sisa binaan tapak Surau Al Mawadah
PU 5, Puchong Utama telah diadakan pada 23 Oktober 2010 jam 9.00 pagi
hingga 12.00 tenghari yang lalu


Gotong royong tersebut disertai lebih kurang 20 orang penduduk dengan
melakukan kerja-kerja memotong rumput di tapak dan persekitaran Surau Al-
Mawadah, membuang sisa-sisa binaan yang terdahlu dan membakar kayu-kayu
yang telah reput


Kayu-kayu yang reput dibakar dalam keadaan terkawal

Antara penduduk yang hdair dlm gotong royong tersebut



Kerja-kerja mengutip sisa binaan sedang dilakukan





Isnin, 4 Oktober 2010

MAJLIS AIDILFITRI PU 5

Antara penduduk yg hadir terdiri drp pelbagai
latar belakang bangsa, agama dan negara
Penduduk sedang menjamu juadah

Generasi akan dtg PU 5 turut dibawa bersama


BBQ kambing

gtr ryg penyediaan makanan

Telah diadakan pada 02 Oktober 2010 Sabtu bersamaan 23 Syawal 1431 Hijrah jam 8.00 hingga 11.00 malam di Wakaf Taman PU 5, Puchong Utama. Kehadiran penduduk amatlah membanggakan dan mencipta sejarah di PU 5 sepanjang 4 tahun kawasan perumahan ini dibuka iaitu anggaran sebanyak 300 penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan, bangsa, agama dan juga negara dan ianya menepati konsep 1 Malaysia dan mencerminkan moto persatuan ini Muafakat Membawa Berkat.

Penduduk yang hadir dijamukan dengan pelbagai jenis juadah raya seperti lemang, nasi himpit, nasi lemak dan lain-lain yang disediakan oleh persatuan dan juga penduduk yang membawanya dari rumah. 2 ekor kambing dijadikan BBQ sumbangan individu menjadi makanan utama dalam majlis ini diikuti dengan ayam, ikan dan juga sosej hasil daripada kutipan dan sumbangan penduduk.

Gotong royong penyediaan makanan dan persiapan ini telah dijalankan semenjak dari hari Jumaat lagi dimana penduduk berkerjasama memasang khemah dan peralatannya serta menyediakan juadah makanan dari pagi sabtu tersebut.
Akhir kata pihak persatuan merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuk yang menyumbangkan makanan dan juga yang hadir pada malam tersebut. Kemaafan juga dipinta jika sepanjang program ini ada terdapat kecacatan dan kelemahan sepanjang majlis ini kerana ianya diluar jangkaan persatuan dan akan cuba diperbaiki dimasa-masa akan datang

Wasalam