Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI IBU PU 5 PUCHONG UTAMA

Sambutan Hari Ibu PU 5 telah diadakan pada 09 Mei 2010 Ahad bermula jam 8.00 pagi. Acara dimulakan dengan Senamarobik semua penduduk yang hadir. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Persatuan En Arbaain Jaafar dgn mengucapkan tanhiah kepada Biro Wanita kerana julung-julung kalinya mengadakan acara yang khusus untuk ibu-ibu di kawasan PU 5 ini.

Majlis diteruskan dengan pertandingan mewarna untuk anak-anak dikawasan PU 5 ini disamping pengadilan bagi acara Masak Rendang dan Agar-agar 1 Malaysia dan seterusnya acara pemotongan kek hasil sumbangan bapa-bapa dikawasan PU 5 ini untuk ibu-ibu dan isteri mereka.