Selasa, 28 Oktober 2008

LAGI GAMBAR RAYA
















MAJLIS HARI RAYA 2008

Antara pduduk yg hadir di majlis tersebut


Ni baru betul2 raya weh

Ustaz Idham bersama AJK Surau


En Afendi sedang menyerahkan duit raya - hrp jgn kosong ye, sian bebudak







Syukur Alhamdulilah akhirnya majlis tersebut berjaya dilaksanakan pd 26 Oct 2008 Ahad jam 8.30 malam yg lalu. Kehadiran penduduk adalah lebih kurang dlm 200 org & sambutan tersebut adalah amat memberangsangkan & menunjukkan peningkatan tidak kira dari kaum lain Cina, India dan juga warganegara Bangladesh yg menginap dikws ini.










Majlis dimulakan dgn bacaan doa selamat Ustaz Ali Yahya & seterusnya penduduk dijamukan dgn juadah hari raya iaitu lemang & nasi impit serta juadah yg dibawa oleh penduduk. Penduduk juga dihiburkan oleh pertandingan Karaoke yg diadili oleh Kak Erin, Pak Kob & Tn Nizam. Tetamu VIP yg menghadirkan diri adalah Ustaz (Cikgu) Idham Mantan (bekas) calun PAS bg DUN Sri Serdang. Seterusnya persembahan tarian drp anak2 penduduk. Dimajlis tersebut juga diadakan kutipan bagi Tabung Pembinaan Surau serta Derma kepada En Nazri Abd Talib yg terlantar sakit di Hospital selama hampir 3 bulan disamping itu juga kutipan t.tangan penduduk bagi menyokong permohonan surau telah dijalankan.










Pertunjukkan bunga api & mercun telah disumbangkan oleh En Dzulkifli (Public Bank) & En Norhisham (MPSJ). Selepas itu pemberian cendermata kpd peserta Khatam Al Quran serta hadiah kpd penduduk yg cemerlang di mana Tn Bendahari kita En Halim telah memenanginya buat kali ke 2 berturut2. Kaum wanita pula dimenangi oleh Kak Ana manakal Tokoh Vateran telah dimenangi oleh En Yaakob. En Khadzir pula memenangi pertandingan Karaoke Terbaik, En Samad memenangi anugerah Peladang Jaya & En Zuraidi memenangi Anugerah IT manakala pasangan En Megat Hushain & isteri memenangi Anugerah Pakaian Sedondong Hari Raya. Diakhir majlis kanak telah diberikan duit raya daripada Tabung Persatuan oleh Tuan Pengerusi En Afandi Baba.











Rabu, 22 Oktober 2008

MAJLIS ZIARAH RAYA 2008

Penduduk berposing dihdp kamera Akhbar Sinar Harian
Ziarah bermula
salah sebuah rumah penduduk yg diziarahi
Bacaan doa selamat

Seperti ditahun2 lepas pihak persatuan akan mengadakan ziarah raya ke rumah penduduk bagi mengerat silatulrohim dibulan syawal yg mulia ini.


Ziarah raya kali ini dilangsungkan sebanyak 2 kali iaitu pd 10 & 12 Oct 2008 jam 8 malam.


Pada mlm pertama ianya diadakan di Blok hadapan iaitu di Jln PU 5/1, 5/1A, 5/2, 5/3A & 5/3.

Ianya diketuai oleh Ustaz Ali sebagai Pengerusi Surau & dibantu oleh En Yakob bagi bacaan doa selamat. Lebih kurang 15 rumah telah diziarahi pd mlm tersebut dan ianya mendpt liputan akhbar Sinar Harian & disiarkan pada 14 Oct 2008. Majlis tamat pada jam 11.30 malam



Manakala pada 12 Oct 2008 pula diadakan di Blok Belakang iaitu di Jln PU 5/4 & 5/5


Pihak persatuan merakamkan terima kasih kepada semua penduduk yang menjayakan majlis tersebut dan juga memohon ribuan ampun maaf dimana ada rumah penduduk tidak dpt diziarahi dan insyallah bagi tahun2 akan datang pihak persatuan akan membuat perancangan yang rapi agar dan lebih teratur kerana bilangan penduduk yg semakin ramai.

Selasa, 7 Oktober 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA & KHATAM AL-QURAN

MUSLIMAT SEDANG BERBUKA DGN PELBAGAI JUADAH

ANTARA USTAZ & TUAN HAJI YANG HADIR
ANTARA QARI YANG TERHEBAT

Telah diadakan pada 25 September 2008 bertempat di Surau Wakaf. Majlis berbuka puasa ini julung2 kalinya diadakan di kawasan perumahan kita ini dan Alhamdulilah kehadiran penduduk adalah amat membangakan dalam lebih kurang 30 orang termasuk kanak-kanak. Selepas berbuka penduduk menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Ali.


Manakala selepas solat tarawih diadakan mula Majlis Khatam Al-Quran bersama jemaah muslimat yang dipimpin oleh Ustaz Ali sendiri. Semua penduduk yg hadir menerima sumbangan hadiah & bunga telur.