Selasa, 17 November 2009

GELANGGANG SUKAN PU 5

Mini Futsall pun boleh main

Tu dia pelibas PU 5


Timang bang jgn x timang
Sewaktu kerja2 pembinaannya








Telah siap dibina oleh pihak MPSJ awal Okt 2009 yg lalu. Buat masa ini gelanggang tersebut hanya untuk permainan Takraw shj dan pihak persatuan akan mengubahsuainya bagi gelanggang permainan Badminton & Bola Tampar.










Diharap semua penduduk dpt memanafaatkan pembinaan gelanggang ini dan menggunakannya dgn xtvt yg berfaedah sesama kita semua

Isnin, 12 Oktober 2009

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PU 5

TENGAH BASUH AYAM
PENYEDIAAN BBQ RAYA


KOMPANG RAYA


JOGET RAYA


DUIT RAYA




Diadakan pd 1o Okt 2009 Sabtu jam 8.30 malam yang lalu. Pelbagai acara menarik diadakan bg memeriahkan majlis tersebut seperti jamuan BBQ Kambing, persembahan kompang raya, tarian tradisional, pertandingan Karaoke Raya, pertandingan pakaian raya, permainan bunga api, pemberian duit raya kepada kanak2 dan penyampaian hadiah Kibar jalur Gemilang.










Lebih kurang 300 penduduk telah menghadiri majlis tersebut dgn terdiri pelbagai lapisan umur, kaum dan bangsa bg menunjukkan semangat kekeluargaan yg erat di kws PU 5 ini. Pihak persatuan merakamkan terima kasih kpd semua pihak yg menjayakan majlis ini.

Jumaat, 9 Oktober 2009

BARAAN RAYA 2009

Baraan ini akan mengeratkan pershbtan kita semua di PU 5 ini

Kaum Ibu & Knk turut serta walaupun dah dekat 12 tengahmalam

Tu dia lepas baraan, kita mkn ramei2 weh


Doa Slmt dibacakan Ustz Ali setiap rumah yg diziarahi


En Zaini mengetuai Baraan kita




Telah selamat diadakan pd 02 & 03 Okt 2009 yang lalu. Alhamdulilah terima kasih pihak urusetia ucapkan kpd semua penduduk yg menjayakannya walaupun ianya berkahir jam 1.30 pagi pd 02 Okt dgn 15 rumah di ziarahi & pd 03 Okt 21 rumah di lawati, namun kepuasan dan kegembiraan terpancar di muka kita walapun telah lewat pagi.










Acara ini akan menjadi wajib di PU 5 dimasa2 akan dtg, dgn kita cuba membawa perubahan mengikut keadaan semasa terutama dgn kepadatan penduduk yg makin btambah & sambutan yg amat menggalakan . Tahniah kpd Lrg PU 5/3A, 5/4 & 5/5 kerana menyediakan mkn mengikut cdgan pihak urusetia iaitu secara berkelompok kerana ianya menjimatkan masa & mengelakkan pembaziran makanan.

Isnin, 28 September 2009

Sabtu, 5 September 2009

GTG RYG MEMBERSIHKAN SURAU SEMENTARA








Pengerusi yg paling ligat dlm gtg ryg nie



Antara penduduk yg hadir



Telah diadakan pd 15 ogos 2009 jam 9 pg bertempat di No. 9, Jalan PU 5/3A

Terima kasih kpd semua penduduk yg hadir

Isnin, 17 Ogos 2009

PALUAN KOMPANG PERKAHWINAN DI PU 5
















Pd 01 Ogos 2009 yg lalu Kelab Kompang telah menerima jemputan mengadakan persembahan di Majlis Perkahwinan anak En Abdullah & Pn Mahani di No. 1, Jln Pu 5/4.










Ini adalah pertama kali kelab kompang mengadakan persembahan perkahwinan di dalam kws perumahan ini. Walaupun terdapat beberapa kekurangan, namun syabas diucapkan kpd pasukan kompang semuga terus berusaha dgn gigih demi nama PU 5.

GT RYG BERSIHKAN MASJID & KUBUR DI BT 14 PUCHONG
















Pihak persatuan telah meyertai satu gtg ryg membersihkan masjid & kubur sempena menyambut ramadhan pd 09 Ogos 2009 yg lalu. Gtg ryg dianjurkan bersama oleh pihak Masjid, JKP MPSJ Zon 17, Rela , Polis dan MPSJ

Selasa, 16 Jun 2009

KUMPULAN KOMPANG MELANGKAH JAUH








Setelah hampir 2 minggu menjalani latihan sepanjang malam waktu cuti persekolahan lalu, pasukan kompang PU 5 kini mampu melangkah dan melebarkan sayapnya lebih jauh. Tiada lagi bunyi kompang yang sumbang dan carca marba yang hanya kedengaran adalah Irama dan alunan yang mengasyikkan setiap malam yang menjadi santapan halwa telinga penduduk PU 5. Cabaran pertamanya adalah Majlis Perasmian Puchong Nite Walk (UpTown) yang dijangka akan diadakan pada 26 Jun 2009 nanti jemputan dari pihak JKP MPSJ Zon 15.

Terima kasih kepada semua pihak yg menjayakan kompang ini terutama kepada En Arbaain Pemangku Pengerusi kita yang mencetuskan idea penubuhannya dibantu oleh En Samad, Ketua Kumpulan Kompang serta En Abd Rahman (Pak Long) dan juga kepada semua ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka mempelajari budaya dan adat Melayu dan juga memenuhkan masa lapang anak-anak mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Khamis, 4 Jun 2009

PENUBUHAN KELAB KOMPANG PU 5 (KOMPU5)

PAK LONG SDNG MENUNJUKKAN SKILLNYA



BAKAL2 PELAPIS KOMPANG PU 5

ADA GAK KOMPANG BEBRUNYI LAIN KE



ORG DEWASA PUN TERINGIN NAK JOINT SEKALI

SATU PENUBUHAN KELAB KOMPANG PU 5 (KOMPU5) TELAH BERJAYA DIREALISASIKAN OLEH PERSATUAN HASIL PERBINCANGAN TIDAK RESMI BERSAMA PENDUDUK. EN ABD SAMAD TELAH DILANTIK MENJADI PENGURUS KELAB KOMPANG MANAKALA PAK LONG DILANTIK MENJADI TENAGA PENGAJARNYA
SETIAP AHLI YG INGIN MENYERTAI KELAB KOMPANG INI PERLU MEMBAYAR YURAN SEBANYAK RM 70.00 DAN KOMPANG AKAN DIBERIKAN. LATIHAN DIJALANKAN SETIAP MALAM SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN INI IAITU DARI JAM 9.00 HINGGA 11.00 MALAM. BUAT MASA INI AHLI YG TELAH BERDAFTAR ADALAH SERAMAI 25 ORANG.
KELAB KOMPANG INI DIWUJUDKAN BAGI MENGEMBANGKAN & MENGHIDUPKAN KEMBALI WARISAN BUDAYA MELAYU UNTUK DIKENALI OLEH ANAK-ANAK KITA DISAMPING DAPAT MEMENUHI AKTIVITI LAPANG ANAK2 TERSEBUT