Rabu, 19 Mac 2014

JAMUAN BBQ PERSATUAN PENDUDUK

Jamuan BBQ PersatuanPenduduk PU 5
telah diadakan pada 15 Mac 2014 yang lalu

Jamuan adalah insnetif AJK Persatuan
dan tidak menggunakan peruntukan kewangan
pihak persatuan

Setiap keluarga yang berminat menyertainya
membayar RM 50.00

Tujuan majlis diadakan adalah untuk
mengeratkan persaudaraan sesama kita
di Taman PU 5 ini

Pertandingan Karaoke turut diadakan
bagi memeriahkan majlis tersebut

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat
Ustaz Ali Yahya selaku Imam Surau Al-Mawaddah
PU 5 Taman Puchong Utama

Seterusnya adalah ucapan yang ditunggu
dari Pengerusi Persatuan Penduduk
En. Nordin Bin Hassan

Meriah dan santai bila BBQ bersama-sama

Antara menu yang dihidangkan


Antara orang-orang kuat persatuan
dalam menjayakan program ini

Selasa, 18 Mac 2014

SENARAI AJK PERSATUAN PENGGAL 2014-2015


SENARAI AJK PENGURUSAN TERTINGGI
PERSATUAN PENDUDUK JALAN PU 5 TAMAN PUCHONG UTAMA
BAGI PENGGAL 2014 - 2015

SENARAI AJK

SENARAI KETUA-KETUA LORONG
BAGI KETUA LORONG JALAN PU 5/5 GANJIL
TELAH DITUKAR KEPADA EN FEROZ TNB

GTG RYG MEMBERSIHKAN SURAU AL-MAWADDAH PU 5 SEMPENA MAULIDUL RASUL

Sempena Sambutan Maulidul Rasul yang lalu pihak persatuan dengan kerjasama
Surau Al-Mawaddah PU 5 telah mengadakan gotong royong membersihkan surau

Pelbagai aktviti diadakan seperti mencuci peralatan surau, mengemas persekitaran surau
dan juga menanam pokok-pokok pisang, ubi dan serai untuk mencantikkan lagi
keadaan persekitaran surau tersebut



pencucian tandas surau juga turut diadakan


Surau Al-Mawaddah semakin cantik dan berseri selepas aktiviti ini





Antara penduduk yang hadir dalam menjayakan gotong royong ini

Moga pokok-pokok yang ditanam ini mampu membuahkan hasil suatu hari nanti
untuk dapat dikongsi sesama jemaah surau ini



MESYUARAT AGONG PERSATUAN

Mesyuarat Agong pemilihan AJK 2014 - 2015 telah selamat diadakan
pada 08 Feb 2014 yang lalu. Tahniah kepada yang berjaya menduduki
senarai AJK persatuan .  Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya

Penyampaian hadiah kepada AJK lama penggal 2011 - 2013 turut diadakan
bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam persatuan

Antara ahli Biro Wanita yang turut hadir

Semakan dan pembayaran ahli persatuan bagi tahun 2014
sebelum mesyuarat diadakan