Khamis, 1 Julai 2010

GTG RYG MEMBINA TAPAK PONDOK PENGAWAL PU 5

Telah diadakan pd 26/6/2010 Sabtu jam 10 mlm

Ianya dibina bg menggantikan pondok sediada
yang berkedaan uzur dan telah dibina pd tahun 2006

Kerja2 mengalihkan papan tanda taman turut dijlnkan
& ianya diletakkan bersebelahan pondok tersebut



Gotong-royong ini berkahir tepat jam 12.00 tengahmalam




Terima kasih semua drp pihak persatuan

Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI IBU PU 5 PUCHONG UTAMA

Sambutan Hari Ibu PU 5 telah diadakan pada 09 Mei 2010 Ahad bermula jam 8.00 pagi. Acara dimulakan dengan Senamarobik semua penduduk yang hadir. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Persatuan En Arbaain Jaafar dgn mengucapkan tanhiah kepada Biro Wanita kerana julung-julung kalinya mengadakan acara yang khusus untuk ibu-ibu di kawasan PU 5 ini.

Majlis diteruskan dengan pertandingan mewarna untuk anak-anak dikawasan PU 5 ini disamping pengadilan bagi acara Masak Rendang dan Agar-agar 1 Malaysia dan seterusnya acara pemotongan kek hasil sumbangan bapa-bapa dikawasan PU 5 ini untuk ibu-ibu dan isteri mereka.














Selasa, 27 April 2010

LWT KE RUMAH ANAK YATIM

Antara barang keperluan yang disumbangkan

Persembahan nasyid drp anak-anak yatim
Sebahagian penduduk yg hadir







Biro Wanita telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih Kg Sri Aman Puchong pada 25 April 2010 jam 5.00 petang yang lalu.

Lebih kurang 50 orang penduduk turut serta dan berkonvoi dalam 11 buah kenderaan menuju ke tempat tersebut. Pada majlis tersebut pelbagai sumbangan daripada penduduk PU 5 seperti barang-barang keperluan dapur serta wang tunai telah diserahkan kepada Penyelia rumah anak yatim tersebut.

Pada majlis tersebut, penduduk telah diberi taklimat ringkas pentadbiran rumah tersebut dan disajikan dengan persembahan kumpulan nasyid dan tarian silat berirama oleh penghuni rumah tersebut. Diakhiri lawatan penduduk berpeluang beramah mesra dengan anak-anak yatim tersebut dan berpeluang melawat persekitaran rumah tersebut

Khamis, 25 Mac 2010

LAGI GAMBAR2 KEJOHANAN BOLATAMPAR PU 5

Hadiah pemenang dari tempat 1 hingga ke 4


Pakar BBQ PU 5, sibuk memulakan xtvt diketuai oleh Insp Faizul














MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PU 5 VOLEYBALL

JUARA KEJOHANAN BOLATAMPAR PU 5 ( JLN PU 5/4 gANJIL)
MajlisPenyampaian Hadiah Pertandingan Bolatampar PU 5 telah selamat diadakan pada 12 Mac 2010 Jumaat jam 9.00 malam yang lalu. Majlis telah dihadiri oleh YB Dato' Dr. Hj. Satim Bin Diman, selaku ADUN Sri Serdang dan seterusnya meyampaikan hadiah kepada para pemenangnya. Lebih kurang 100 orang penduduk telah menghadirinya dan penduduk dijamu dengan hidangan BBQ. Sebelum majlis berakhir telah diadakan satu perlawanan persahabatan antara juara kejohanan (PU 5/5 Ganjil) menentang pilihan PU 5.

Tn Pengerusi mewakili lorongnya memenangi hadiah tempat ke 3

YB Dato Satim ADUN Sri Serdang memberikan ucapan aluannya


Urusetia Kejohanan bergambar bersama YB Dato'.

Piala-piala yang menjadi rebutan semua yang disumbangkan oleh YB Dato'.

Selasa, 9 Mac 2010

KEJOHANAN BOLATAMPAR PU 5












Dirasmikan oleh Tn. Michael Tamilarason, Ahli Majlis MPSJ merangkap Pengerusi JKP MPSJ Zon 15 pada 06 Mac 2001 Sabtu jam 9.00 malam yang lalu. Tujuan kejohanan ini diadakan bagi memberi peluang kepada penduduk mempamerkan bakat kesukanan dan seterusnya menjalinkan persahabatan yang erat sesama penduduk terutama mengikut lorong-lorong.

Kejohanan ini telah disertai sebanyak 10 buah pasukan yang dibentuk mengikut lorong masing-masing. Antara pasukan yang bertanding ialah :-

1) Jalan PU 5/1A - Kumpulan Haru Biru

2) Jalan PU 5/1B - Kumpulan Enam Jahanam

3) Jalan PU 5/2 - Kumpulan Lipan Bara

4) Jalan PU 5/3 & 5/3A

5) Jalan Pu 5/4 Genap - Kumpulan Road Warior

6) Jalan PU 5/5 Ganjil & Genap - Kumpulan Tengiling Malam

7) Jalan PU 5/4 Ganjil - Kumpulan Red Fox

8) Belia PU 5 - Kumpulan Harimau Muda

9) Wanita A

10) Wanita B

Dalam kejohanan ini Jalan PU 5/5 Ganjil telah memenangi acara ini setelah menewaskan Jalan PU 5/2 diperingkat final yang dijalankan pada hari Ahad 07 mac jam 10.00 malam. Manakala tempat ke 3 dimenangi oleh Jalan PU 5/4 genap yang menewaskan 5/1A.

Isnin, 22 Februari 2010

Khamis, 18 Februari 2010

EGM PU 5 2010








Telah selamat diadakan pada 30 Januari Sabtu jam 9.30 hingga 11.00 malam di Gelanggang Serbaguna PU 5, Puchong Utama.

Lebih kurang 60 orang penduduk telah menghadirinya dan doa selamat majlis dibacakan oleh Ustaz Ali selaku Imam di kawasan PU 5 ini.

Dimajlis ini pemilihan AJK bagi penggal 2010 - 2012 telah diadakan dengan menyaksikan Pemangku Pengerusi En Arbaain disahkan memegang jawatan Pengerusi Persatuan. Dalam pemilihan ini juga terdapat 2 jawatan baru yang diwujudkan iaitu Timbalan Bendahari yg dimenangi En Mohd Abd Rahman dan Penolong Setiausaha yg disandang oelh EN Ezani. Lain-lian jawatan seperti Ketua Lorong merangkap AJK, masih lagi mengekalkan ahli yang lama cuma dengan pelepasan jawatan oleh EN Yaakub (PU 5/1A) dan Mohd Faizul(PU 5/2) kepada En Nizam Mustafa dan En Azhari.

Penutup majlis ini ialah barisan AJK 2008-2010 telah diberikan cendermata kenangan oleh Persatuan yang disampaikan oleh UStaz ALi bagi menghargai jas dan pengorbanan mereka dalam menjayakan aktiviti persatuan sebelum ini

Isnin, 1 Februari 2010

GTG RYG UPGRADE GELANGGANG SUKAN PU 5






Telah diadakan pd 22 Dis 2009 yg lalu, tujuan gtg ryg ni adalah untuk mempertingkatkan kemudahan gelanggang ini drp permainan takraw kepada permainan serbaguna mernagkumi badminton dan juga bola tampar