Selasa, 10 Jun 2008

MESYUARAT BERSAMA DATO HASSAN ALI



Satu mesyuarat bersama Dato' Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor telah di adakan pd 14hb Mei 2008 yg lalu bertempat di Bgn SUK Shah Alam. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk meminta Dato' Hassan Ali membantu agar dapat meminta pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengkaji semula permohonan mendirikan sebuah surau (sementara) di tapak sekolah agama di kws perumahan kita.


Dalam mesyuarat tersebut penduduk yg hadir ialah En Hairuddin (Pengerusi Surau), En Megat Husin (Setiausaha Surau), En Mohd Arif Jantan (AJK Surau) & En Zuraidi (Urusetia Persatuan). Hasil drp keputusan tersebut Dato' Hassan Ali bersetuju untuk meminta pihak JAIS mengkaji semula permohonan itu dan akan mengarahkan pihak JAIS agar turun padang meninjau tapak yg dipohon dan mengadakan perbincangan dgn penduduk

Tiada ulasan: