Selasa, 16 Jun 2009

KUMPULAN KOMPANG MELANGKAH JAUH








Setelah hampir 2 minggu menjalani latihan sepanjang malam waktu cuti persekolahan lalu, pasukan kompang PU 5 kini mampu melangkah dan melebarkan sayapnya lebih jauh. Tiada lagi bunyi kompang yang sumbang dan carca marba yang hanya kedengaran adalah Irama dan alunan yang mengasyikkan setiap malam yang menjadi santapan halwa telinga penduduk PU 5. Cabaran pertamanya adalah Majlis Perasmian Puchong Nite Walk (UpTown) yang dijangka akan diadakan pada 26 Jun 2009 nanti jemputan dari pihak JKP MPSJ Zon 15.

Terima kasih kepada semua pihak yg menjayakan kompang ini terutama kepada En Arbaain Pemangku Pengerusi kita yang mencetuskan idea penubuhannya dibantu oleh En Samad, Ketua Kumpulan Kompang serta En Abd Rahman (Pak Long) dan juga kepada semua ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka mempelajari budaya dan adat Melayu dan juga memenuhkan masa lapang anak-anak mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Tiada ulasan: