Khamis, 23 September 2010

PROGRAM BARA'AN RAYA 2010 PU 5


Program Bara'an Raya 2010 PU 5, telah
diadakan pada 17 (Jumaat) dan 18 (Sabtu) September 2010 bersamaan 8 dan 9 Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu.

Pada 17 September Jumaat Bara'an diadakan di Lorong PU 5/4 dan 5/5 dimana ianya bermula jam 9.00 malam dan berakhirnya jam 1.00 pagi dengan 20 buah rumah telah diziarahi.

(Tuan Pengerusi En. Arba'ain sedang menyambut penduduk yang datang menziarahi rumah beliau)



Pada 18 September Sabtu, ianya diadakan di
Lorong PU 5/1, 5/1A, 5/2, 5/3A dan 5/3 dengan
16 buah rumah telah dikunjungi
(Sebahagian penduduk yang menghadiri Program Bara'an tersebut)



Konsep Bara'an Raya pada tahun ini telah diubah dimana setiap rumah yang dikunjungi hanya dibacakan Doa Selamat sahaja, manakala makanan dan minuman disediakan pada rumah yang ditetapkan setiap lorong bagi mengelakkan pembaziran.
(Ustaz Zubir dengan gaya tersendiri mengambil laksa)


Program Bara'an Raya PU 5 tahun 2010 ini juga mencetus kelainan dengan diringi paluan kompang yang diketuai oleh En. Abd Rahman yang mewakili Kelab Kompang PU 5.
(Pak Long bersama Ahli Kumpulan Kompang)
Pihak persatuan merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua penduduk dalam menjayakan Program Bara'an Raya PU 5 2010 ini dan ianya membuktikan semangat persaudaraan sesama kita di kawasan taman perumahan ini.


Tiada ulasan: