Isnin, 29 November 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI2 PU 5

Majlis Berkhatan PU 5, telah selamat diadakan
pada 27 Nov 2010 Sabtu jam 8-11 malam yang lalu.
Majlis adalah anjuran bersama Persatuan Penduduk PU 5
Puchong Utama dan Jawatankuasa Penduduk (JKP)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 15
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji. Yunus
Pengarah Perancang Bandar MPSJ dan diserikan
dengan kehadiran En. Micheal Tamilarason, Ahli Majlis
MPSJ merangkap Pengerusi JKP MPSJ Zon 15

Majlis ini dimeriahkan dengan perarakkan peserta
menggunakan motor besar daripada Puchong Bikers Club
mengelinggi kawasan perumahan PU 5 sambil
diiringi oleh kereta peronda polis


Peserta seterusnya diarakkan dengan junjungan oleh
bapa berserta paluan kompang dan bungga manggar
menuju ke pentas utama



Diakhir majlis peserta disirami oleh pancutan air
daripada pihak Bomba bagi memberikan
kegembiraan kepada kanak-kanak tersebut
yang akan menempuh alam dewasa pd besuk harianya













































































































Tiada ulasan: