Isnin, 17 Ogos 2009
Rabu, 15 Julai 2009
Selasa, 16 Jun 2009
KUMPULAN KOMPANG MELANGKAH JAUH
Setelah hampir 2 minggu menjalani latihan sepanjang malam waktu cuti persekolahan lalu, pasukan kompang PU 5 kini mampu melangkah dan melebarkan sayapnya lebih jauh. Tiada lagi bunyi kompang yang sumbang dan carca marba yang hanya kedengaran adalah Irama dan alunan yang mengasyikkan setiap malam yang menjadi santapan halwa telinga penduduk PU 5. Cabaran pertamanya adalah Majlis Perasmian Puchong Nite Walk (UpTown) yang dijangka akan diadakan pada 26 Jun 2009 nanti jemputan dari pihak JKP MPSJ Zon 15.
Terima kasih kepada semua pihak yg menjayakan kompang ini terutama kepada En Arbaain Pemangku Pengerusi kita yang mencetuskan idea penubuhannya dibantu oleh En Samad, Ketua Kumpulan Kompang serta En Abd Rahman (Pak Long) dan juga kepada semua ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka mempelajari budaya dan adat Melayu dan juga memenuhkan masa lapang anak-anak mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
Khamis, 4 Jun 2009
PENUBUHAN KELAB KOMPANG PU 5 (KOMPU5)
BAKAL2 PELAPIS KOMPANG PU 5
SATU PENUBUHAN KELAB KOMPANG PU 5 (KOMPU5) TELAH BERJAYA DIREALISASIKAN OLEH PERSATUAN HASIL PERBINCANGAN TIDAK RESMI BERSAMA PENDUDUK. EN ABD SAMAD TELAH DILANTIK MENJADI PENGURUS KELAB KOMPANG MANAKALA PAK LONG DILANTIK MENJADI TENAGA PENGAJARNYA
SETIAP AHLI YG INGIN MENYERTAI KELAB KOMPANG INI PERLU MEMBAYAR YURAN SEBANYAK RM 70.00 DAN KOMPANG AKAN DIBERIKAN. LATIHAN DIJALANKAN SETIAP MALAM SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN INI IAITU DARI JAM 9.00 HINGGA 11.00 MALAM. BUAT MASA INI AHLI YG TELAH BERDAFTAR ADALAH SERAMAI 25 ORANG.
KELAB KOMPANG INI DIWUJUDKAN BAGI MENGEMBANGKAN & MENGHIDUPKAN KEMBALI WARISAN BUDAYA MELAYU UNTUK DIKENALI OLEH ANAK-ANAK KITA DISAMPING DAPAT MEMENUHI AKTIVITI LAPANG ANAK2 TERSEBUT
SEKITAR KENDURI KAWIN BULAN MEI 2009
APA LA AUTA WAK TU
IKAN KELI PUCHONG SPECIAL
GTG RYG KENDURI TELAH DIADAKAN PD 23 MEI 2009 BAGI MERAIKAN PERKAHWINAN SHBT KITA CIKGU KAMARUL DIRUMAHNYA DI NO. 36 PU 5/4. PENDUDUK DIHIDANGKAN DGN MAKANAN SPECIAL IAITU IKAN KELI SAMBAL
MANAKALA PADA 31 MEI DIRUMAH EN ISMAIL AWANG DI NO. 11 PU 5/3A BAGI MERIAKAN PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN BELIAU.
Selasa, 19 Mei 2009
JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU
SEBAHAGIAN PENDUDUK YG MENYOKONG PEMBINAAN SURAU
TAPAK CDG MENDIRIKAN SURAU
Satu mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau telah diadakan pada 14 Mei 2009 yang lalu ianya dihadiri lebih kurang 50 orang penduduk. Pada mesyuarat tersebut satu pemilihan AJK yang baru telah diadakan. Untuk pegetahuan bersama AJK terdahulu adalah secara lantikan daripada nama yang dicadangkan oleh pihak persatuan.
AJK yang dilantik akan menguruskan segala urusan pembinaan surau dan pihak persatuan akan bertindak hanya sebagai penasihat sahaja dan tidak akan mencampuri segala urusan berkaitan. Diharap AJK yang baru ini dapat merealisasikan pembinaan surau dengan seberapa segera susulan daripada lawatan dan kelulusan yang diberikan oleh YB Tn HJ Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor, susulan dari Kempen Bersih & Indah pada 10 Mei 2009 yang lalu.
Senarai AJK Surau bagi tahun 2009-2011 adalah seperti berikut
Pengerusi : En Mohd Sani
Timbalan : En Zubir
Timbalan : En Zubir
Setiausaha : En Megat Husin
Bendahari : En Yaakob
AJK
1) En Kamaruddin
2) En Rosdi
3) En Nazri Bidin
4) En Shamsuhan
5) En Zaini
6) En Tarmizi
7) En Kamarul
8) Pn Aloha
9) Pn Rohana
10) Pn Zakiah
Isnin, 18 Mei 2009
KEMPEN BERSIH & INDAH BERSAMA JKP MPSJ ZON 15
Telah selamat diadakan pada 10 Mei 2009 Ahad yang lalu. Ianya dirasmikan oleh YB Tn Hj Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kehadiran lebih kurang 350 penduduk. Pelbagai acara diadakan seperti Senamrobik, Gtg Ryg, Sukaneka, Pameran & Demontrasi dari Bomba Sekeyen 7, petaling Jaya dan Rakan Cop dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Selangor dan juga Kaunter pelbagai Perkhdimatan dari MPSJ.
Pihak persatuan mengucapkan berbanyak terima kasih terutamanya kepada pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 15 iaitu yang banyak membantu merancang program ini sejak dari bulan Feb 2009 yang lalu lagi. Sekalung ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Syarikat Master Defence (M) Sdn Bhd, Pasaraya Hero, Tesco (M) Sdn Bhd (Cwg Puchong) dan orang perseorangan yang menyumbang pelbagai hadiah dan hamper bagi acara menjayakan majlis tersebut.
Semuga kerjasama ini diteruskan lagi akan datang.
GTG RYG MEMBINA PAPAN KENYATAAN PU 5
CANTIK DAN MENARIK
PAPAN KENYATAAN PERSATUAN PENDUDUK PU 5
ANTARA PENDUDUK YG HADIR
BERAT SAMA DIPIKUL,
SALAH SEORG TENAGA KREATIF
SATU GTG RYG MEMBINA PAPAN KENYATAAN PERSATUAN TELAH DIADAKAN PADA 03 MEI 2009. IDEA PEMBINAANNYA TELAH DICETUSKAN OLEH EN SULIMAN & DIBANTU OLEH EN TARMIZI. PEMBINAAN TERSEBUT BERTEPATAN DGN MAJLIS KEMPEN BERSIH & INDAH YG AKAN DIJALANKAN PADA 10 MEI 2009 NANTI.
DGN TERBINANYA PAPAN KENYATAAN TERSEBUT SEGALA AKTIVITI PERSATUAN AKAN DIMAKLUMKAN & DITAMPAL DIPAPAN KENYATAAN TERSEBUT. DIHARAP SEMUA PENDUDUK DAPAT MEMANAFAATKANNYA.
Langgan:
Catatan (Atom)