Rabu, 9 Mac 2011

OPS STICKER BERSAMA PIHAK POLIS

Satu Operasi Pemeriksaan Stikcer telah diadakan
pada 19 Feb 2011 Jumaat yang lalu. Ianya mendapat
kerjasama dan bantuan daripada pihak Polis Bandar Bukit Puchong.
Operasi bermula jam 12.00 tengahmalam dan berakhir
jam 2.00 pagi. Ianya turut disertai oleh AJK Biro Keselamatan
berserta para penduduk

Hasil pemeriksaan mendapati lebih kurang 80 %
penduduk PU 5 telah memasang sticker tersebut
pada kenderaan mereka

Pihak persatuan mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada semua pihak dalam menjayakan Operasi ini.








Isnin, 21 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDULRASUL1432 HIJRAH




SYUKUR & TAHNIAH PERSATUAN

PENDUDUK PU 5 TELAH MEMENANGI

KONTIJEN TERBAIK SEMPENA

PERARAKKAN MAULIDULRASUL 1432

HIJRAH ANJURAN MASJID BT 14 PUCHONG

PADA 15 FEB 2011 YANG LALU




PIHAK PERSATUAN TELAH MENGHANTAR

LEBIH KURANG 60 ORANG PESERTA

TERDIRI DARIPADA KANAK-KANAK,

REMAJA, WANITA DAN LELAKI DEWASA










REMAJA PU 5, TANPA MENGIRA PANAS

MATAHARI TERUS SEGAK BERSELAWAT

DAN MEMBAWA BANNER PU 5 BERARAK

SEJAUH 2 KM DISEKITAR MASJID BT 14










ANTARA PESERTA PU 5 YANG DI KETUAI

OLEH USTAZ ALI SELAKU IMAM PU 5 DAN

DIBANTU OLEH USTAZ ZUBIR SELAKU

IMAM 2 PU 5








HADIAH, SIJIL PENYERTAAN & SAGUHATI

PENYERTAAN PERSATUAN PENDUDUK PU 5

DALAM SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1432

HIJRAH ANJURAN MASJID BT PUCHONG

MEMO 11 FEB 2011


GTG RYG MAJLIS KENDURI KAHWIN ANAK EN SAIDIN
















Isnin, 3 Januari 2011

COUNTDOWN & BBQ 2011 PU 5

Countdown & BBQ 2011 telah diadakan pada 31 Disember 2010
Jumaat bermula jam 9.00 malam di Wakaf Taman PU 5

Majlis juga diadakan bagi meraikan penduduk yang lahir
pada hari tersebut iaitu En Khalid & Pn Siti Nubaiyah

Doa Selamat bagi mendapatkan keberkatan tahun baru 2011
telah dibacakan oleh Ustaz Ali selaku Imam PU 5

Nyanyian Karaoke turut dipersembahkan dari penduduk
yang berbakat dan yang berminat menyertainya

Penduduk yang hadir diraikan dengan jamuan makanan BBQ
kambing, ayam, ikan dan juga sosej







Isnin, 29 November 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI2 PU 5

Majlis Berkhatan PU 5, telah selamat diadakan
pada 27 Nov 2010 Sabtu jam 8-11 malam yang lalu.
Majlis adalah anjuran bersama Persatuan Penduduk PU 5
Puchong Utama dan Jawatankuasa Penduduk (JKP)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 15
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji. Yunus
Pengarah Perancang Bandar MPSJ dan diserikan
dengan kehadiran En. Micheal Tamilarason, Ahli Majlis
MPSJ merangkap Pengerusi JKP MPSJ Zon 15

Majlis ini dimeriahkan dengan perarakkan peserta
menggunakan motor besar daripada Puchong Bikers Club
mengelinggi kawasan perumahan PU 5 sambil
diiringi oleh kereta peronda polis


Peserta seterusnya diarakkan dengan junjungan oleh
bapa berserta paluan kompang dan bungga manggar
menuju ke pentas utama



Diakhir majlis peserta disirami oleh pancutan air
daripada pihak Bomba bagi memberikan
kegembiraan kepada kanak-kanak tersebut
yang akan menempuh alam dewasa pd besuk harianya













































































































Khamis, 25 November 2010

LAGI2 GAMBAR KORBAN
















LAGI GAMBAR2 MAJLIS KORBAN PU 5
















VIDEO MAJLIS QURBAN & AQIQAH PU 5

MAJLIS KORBAN & AQIQAH PU 5


Majlis Qurban & Aqiqah PU 5 telah diadakan pd 17 Nov 2010 Rabu
bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah , Hari Raya Aidiladha jam 9.00
pagi hingga 1.00 tengahari di Kabin Persatuan di Jalan PU 5/4 (ganjil)

2 ekor lembu telah dikorbankan manakala satu lagi
telah diaqiqahkan hasil penyertaan penduduk dimana
setiap bahagian adalah RM 370.00 sahaja.

Majlis penyembelihan lembu korban & aqiqah ini
telah diketuai oleh Ustaz Ali Yahya selaku Imam di PU 5 ini.


Kehadiran penduduk adalah dalam lingkungan 200 orang
yang terdiri pelbagai termasuk warganegara Indonesia &
Bangladesh yang berugama Islam yang turut serta membantu
menjayakan gotong royong ini