Isnin, 4 Oktober 2010

MAJLIS AIDILFITRI PU 5

Antara penduduk yg hadir terdiri drp pelbagai
latar belakang bangsa, agama dan negara
Penduduk sedang menjamu juadah

Generasi akan dtg PU 5 turut dibawa bersama


BBQ kambing

gtr ryg penyediaan makanan

Telah diadakan pada 02 Oktober 2010 Sabtu bersamaan 23 Syawal 1431 Hijrah jam 8.00 hingga 11.00 malam di Wakaf Taman PU 5, Puchong Utama. Kehadiran penduduk amatlah membanggakan dan mencipta sejarah di PU 5 sepanjang 4 tahun kawasan perumahan ini dibuka iaitu anggaran sebanyak 300 penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan, bangsa, agama dan juga negara dan ianya menepati konsep 1 Malaysia dan mencerminkan moto persatuan ini Muafakat Membawa Berkat.

Penduduk yang hadir dijamukan dengan pelbagai jenis juadah raya seperti lemang, nasi himpit, nasi lemak dan lain-lain yang disediakan oleh persatuan dan juga penduduk yang membawanya dari rumah. 2 ekor kambing dijadikan BBQ sumbangan individu menjadi makanan utama dalam majlis ini diikuti dengan ayam, ikan dan juga sosej hasil daripada kutipan dan sumbangan penduduk.

Gotong royong penyediaan makanan dan persiapan ini telah dijalankan semenjak dari hari Jumaat lagi dimana penduduk berkerjasama memasang khemah dan peralatannya serta menyediakan juadah makanan dari pagi sabtu tersebut.
Akhir kata pihak persatuan merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuk yang menyumbangkan makanan dan juga yang hadir pada malam tersebut. Kemaafan juga dipinta jika sepanjang program ini ada terdapat kecacatan dan kelemahan sepanjang majlis ini kerana ianya diluar jangkaan persatuan dan akan cuba diperbaiki dimasa-masa akan datang

Wasalam

Khamis, 23 September 2010

VIDEO-VIDEO PROGRAM BARA'AN RAYA

PROGRAM BARA'AN RAYA 2010 PU 5


Program Bara'an Raya 2010 PU 5, telah
diadakan pada 17 (Jumaat) dan 18 (Sabtu) September 2010 bersamaan 8 dan 9 Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu.

Pada 17 September Jumaat Bara'an diadakan di Lorong PU 5/4 dan 5/5 dimana ianya bermula jam 9.00 malam dan berakhirnya jam 1.00 pagi dengan 20 buah rumah telah diziarahi.

(Tuan Pengerusi En. Arba'ain sedang menyambut penduduk yang datang menziarahi rumah beliau)



Pada 18 September Sabtu, ianya diadakan di
Lorong PU 5/1, 5/1A, 5/2, 5/3A dan 5/3 dengan
16 buah rumah telah dikunjungi
(Sebahagian penduduk yang menghadiri Program Bara'an tersebut)



Konsep Bara'an Raya pada tahun ini telah diubah dimana setiap rumah yang dikunjungi hanya dibacakan Doa Selamat sahaja, manakala makanan dan minuman disediakan pada rumah yang ditetapkan setiap lorong bagi mengelakkan pembaziran.
(Ustaz Zubir dengan gaya tersendiri mengambil laksa)


Program Bara'an Raya PU 5 tahun 2010 ini juga mencetus kelainan dengan diringi paluan kompang yang diketuai oleh En. Abd Rahman yang mewakili Kelab Kompang PU 5.
(Pak Long bersama Ahli Kumpulan Kompang)
Pihak persatuan merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua penduduk dalam menjayakan Program Bara'an Raya PU 5 2010 ini dan ianya membuktikan semangat persaudaraan sesama kita di kawasan taman perumahan ini.


Isnin, 6 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PU 5




Telah diadakan pada 02hb September 2010 Khamis bersamaan 23 Ramadhan 1431 Hijrah.

Majlis adalah anjuran bersama Persatuan Penduduk PU 5, Puchong Utama dan Surau Al-Mawaddah PU 5, Puchong Utama











Majlis diserikan dengan kehadiran Chif Inspektor Muhamat Sarif, Ketua Balai Polis, Bandar Bukit Puchong bersama para anggotanya.

Penyerahan Borang 'Balik Kampung Rumah Selamat ' daripada penduduk PU 5 kepada pihak Polis juga telah diadakan pada majlis tersebut.











Antara penduduk dan tetamu yang hadir pada majlis berbuka terebut dan pihak persatuan merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk bantuan dari Biro Wanita dalam penyediaan makanan majlis tersebut.










Perbincangan dan penerangan mengenai kawasan perumahan PU 5 juga telah disampaikan kepada Chif Inspketor pada majlis tersebut












Doa Selamat dan Berbuka Puasa dibacakan oleh Ustaz Ali Yahya selaku Imam Surau Al-Mawaddah PU 5, Puchong Utama dan seterusnya bagi memberkati majlis tersebut.

Selasa, 17 Ogos 2010

VIDEO SURAU RAMADHAN PU 5

SOLAT TARAWIH SURAU AL-MAWADDAH PU 5

Barisan bakal2 Imam Muda PU 5 Puchong Utama
Menjamu jamuan moreh selepas tarawih

Saling bernaafan mengerat persaudaraan kita di PU 5


Para jemaah khusyuk bersolat




Antara penduduk yg hadir pd mlm solat tarawih




Rabu, 11 Ogos 2010

GTG RYG SURAU RAMADHAN PU 5

Syukur Alhamdulilah akhirnya Surau Ramadhan
PU 5 berjaya disiapkan di gelanggang serbaguna
disebalik kesukaran untuk mendapatkan unit-unit
rumah yg kosong seperti yg dilakukan tiap2 tahun lepas
Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua penduduk yang menjayakan gotong royong
ini dan kepada pihak2 dermawan semuga
sumbangan anda dirahmati Allah s.wt hendaknya

Pengunaan paltform bagi mengelakkan lantai basah


Pagar dibina disekeliling khemah bagi mengelakkan
dicerobohi oleh anjing-anjing liar




Moga2 ibadah puasa dan solat tarawih kita pada
tahun ini bertambah baik drp yang sebelunya




Isnin, 2 Ogos 2010

WAJAH BARU PONDOK GUARD PU 5

Tersergam indah dan cantik pondok guard
yg baru PU 5, bagi menggantikan pondok lama yg uzur

Terima kasih kepada semua penduduk dlm menjayakan pembinaanya
termasuk dari segi kepakaran, wang ringgit mahupun tenaga

Sebarang sumbangan pokok bunga & pasu dialu-alukan











GTG RYG MEROBOH PONDOK GAD LAMA

Akhirnya pondok yg dibina 4 tahun dulu rebah kebumi
, proses membinanya satu ketika dulu di bulan puasa 2006
mengambil masa sampai pukul 2pagi untuk siapkan,
manakala merobohkannya tak sampai 20 minit dilaksanakan
Tinggal kenangan pondok lama ini,
terima kasih kepada semua penyumbang
dalam pembinaan pondok lama ini


Nizam antara yg menjadi saksi sejarah hitam
perobohan pondok yg tidak berdosa ini


Kerja-kerja pengalihan palang gate turun juga dijalankan








Khamis, 1 Julai 2010

GTG RYG MEMBINA TAPAK PONDOK PENGAWAL PU 5

Telah diadakan pd 26/6/2010 Sabtu jam 10 mlm

Ianya dibina bg menggantikan pondok sediada
yang berkedaan uzur dan telah dibina pd tahun 2006

Kerja2 mengalihkan papan tanda taman turut dijlnkan
& ianya diletakkan bersebelahan pondok tersebut



Gotong-royong ini berkahir tepat jam 12.00 tengahmalam




Terima kasih semua drp pihak persatuan

Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI IBU PU 5 PUCHONG UTAMA

Sambutan Hari Ibu PU 5 telah diadakan pada 09 Mei 2010 Ahad bermula jam 8.00 pagi. Acara dimulakan dengan Senamarobik semua penduduk yang hadir. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Persatuan En Arbaain Jaafar dgn mengucapkan tanhiah kepada Biro Wanita kerana julung-julung kalinya mengadakan acara yang khusus untuk ibu-ibu di kawasan PU 5 ini.

Majlis diteruskan dengan pertandingan mewarna untuk anak-anak dikawasan PU 5 ini disamping pengadilan bagi acara Masak Rendang dan Agar-agar 1 Malaysia dan seterusnya acara pemotongan kek hasil sumbangan bapa-bapa dikawasan PU 5 ini untuk ibu-ibu dan isteri mereka.