Isnin, 28 Julai 2008

LWT TURUN PDG AHLI MAJLIS MPSJ





Satu lawatan turun padang dan majlis ramah mesra serta suaikenal bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ Zon 15 iaitu Tuan Choong Yew Lim telah diadakan pada 27 Jun 2008 jam 6 petang Ahad yang lalu.


Tn Choong telah memberikan komitmen untuk membantu segala permasalahan penduduk dan meminta pihak persatuan menyenaraikan segala permasalahan untuk diketengahkan beliau kepada pihak-pihak yang terlibat. Tn Choong juga memohon pihak persatuan menyenaraikan 2 nama penduduk untuk menganggotai JKP MPSJ Zon 15 agar segala aktiviti & program yg dirancangkan oleh beliau selaku ketua JKP Zon 15 dapat dimanafaat oleh penduduk taman ini.


Diakhir majlis tersebut, Tn Choong bersama Profesor Arbain selaku Naib Pengerusi persatuan diiringi bersama AJK dan penduduk telah membuat lawatan ke tapak surau, setor milik persatuan dan juga pagar serta kws bersemak milik pemaju yang sedang dibersihkan berhampiran Klinik Kesihatan Bt 14 Puchong.


Tiada ulasan: