Isnin, 21 Julai 2008

PERJUMPAAN BERSAMA TN GOBIND SINGH AHLI PARLIMEN PUCHONG





Satu perjumpaan dgn Tuan Gobind Singh, selaku Ahli Parlimen Puchong telah diadakan di Bilik Gerakan Parti DAP Bt, 14 Puchong pada 19 Julai 2008 Sbatu jam 6.00 petang.


Pihak persatuan telah diwakili oleh sendiri oleh pengerusi persatuan iaitu En. Affandi Baba, En Suliman Ali (AJK), En Fakhrul Zaini (AJK Surau) dan Setiausaha persatuan En Zuraidi Ali.


Agenda perjumpaan adalah untuk memohon kerjasama dan pertolongan Tn Gobind Singh agar dapat ditangguhkan sebarang tindakan Undang-Undang oleh pihak MPSJ ke atas Setor Sementara milik persatuan yg dibina tanpa kebenaran susulan daripada aduan pihak pemaju Hillcrest Garden.


Hasil drp perjumpaan tersebut Tn Gobind bersetuju untuk membuat lawatan ke taman ini bagi mengenalpasti permasalahan yg sebenarnya. Tarikh dan masa lawatan tersebut dijangkakan pada 26 Julai 2008 sabtu jam 6 petang

Tiada ulasan: