Rabu, 22 Oktober 2008

MAJLIS ZIARAH RAYA 2008

Penduduk berposing dihdp kamera Akhbar Sinar Harian
Ziarah bermula
salah sebuah rumah penduduk yg diziarahi
Bacaan doa selamat

Seperti ditahun2 lepas pihak persatuan akan mengadakan ziarah raya ke rumah penduduk bagi mengerat silatulrohim dibulan syawal yg mulia ini.


Ziarah raya kali ini dilangsungkan sebanyak 2 kali iaitu pd 10 & 12 Oct 2008 jam 8 malam.


Pada mlm pertama ianya diadakan di Blok hadapan iaitu di Jln PU 5/1, 5/1A, 5/2, 5/3A & 5/3.

Ianya diketuai oleh Ustaz Ali sebagai Pengerusi Surau & dibantu oleh En Yakob bagi bacaan doa selamat. Lebih kurang 15 rumah telah diziarahi pd mlm tersebut dan ianya mendpt liputan akhbar Sinar Harian & disiarkan pada 14 Oct 2008. Majlis tamat pada jam 11.30 malam



Manakala pada 12 Oct 2008 pula diadakan di Blok Belakang iaitu di Jln PU 5/4 & 5/5


Pihak persatuan merakamkan terima kasih kepada semua penduduk yang menjayakan majlis tersebut dan juga memohon ribuan ampun maaf dimana ada rumah penduduk tidak dpt diziarahi dan insyallah bagi tahun2 akan datang pihak persatuan akan membuat perancangan yang rapi agar dan lebih teratur kerana bilangan penduduk yg semakin ramai.

Tiada ulasan: