Selasa, 28 Oktober 2008

MAJLIS HARI RAYA 2008

Antara pduduk yg hadir di majlis tersebut


Ni baru betul2 raya weh

Ustaz Idham bersama AJK Surau


En Afendi sedang menyerahkan duit raya - hrp jgn kosong ye, sian bebudak







Syukur Alhamdulilah akhirnya majlis tersebut berjaya dilaksanakan pd 26 Oct 2008 Ahad jam 8.30 malam yg lalu. Kehadiran penduduk adalah lebih kurang dlm 200 org & sambutan tersebut adalah amat memberangsangkan & menunjukkan peningkatan tidak kira dari kaum lain Cina, India dan juga warganegara Bangladesh yg menginap dikws ini.










Majlis dimulakan dgn bacaan doa selamat Ustaz Ali Yahya & seterusnya penduduk dijamukan dgn juadah hari raya iaitu lemang & nasi impit serta juadah yg dibawa oleh penduduk. Penduduk juga dihiburkan oleh pertandingan Karaoke yg diadili oleh Kak Erin, Pak Kob & Tn Nizam. Tetamu VIP yg menghadirkan diri adalah Ustaz (Cikgu) Idham Mantan (bekas) calun PAS bg DUN Sri Serdang. Seterusnya persembahan tarian drp anak2 penduduk. Dimajlis tersebut juga diadakan kutipan bagi Tabung Pembinaan Surau serta Derma kepada En Nazri Abd Talib yg terlantar sakit di Hospital selama hampir 3 bulan disamping itu juga kutipan t.tangan penduduk bagi menyokong permohonan surau telah dijalankan.










Pertunjukkan bunga api & mercun telah disumbangkan oleh En Dzulkifli (Public Bank) & En Norhisham (MPSJ). Selepas itu pemberian cendermata kpd peserta Khatam Al Quran serta hadiah kpd penduduk yg cemerlang di mana Tn Bendahari kita En Halim telah memenanginya buat kali ke 2 berturut2. Kaum wanita pula dimenangi oleh Kak Ana manakal Tokoh Vateran telah dimenangi oleh En Yaakob. En Khadzir pula memenangi pertandingan Karaoke Terbaik, En Samad memenangi anugerah Peladang Jaya & En Zuraidi memenangi Anugerah IT manakala pasangan En Megat Hushain & isteri memenangi Anugerah Pakaian Sedondong Hari Raya. Diakhir majlis kanak telah diberikan duit raya daripada Tabung Persatuan oleh Tuan Pengerusi En Afandi Baba.











Tiada ulasan: