Telah berlangsung pada 15 Ogos 2008 jam 8.00 mlm Jumaat yang lalu. Ianya telah dirasmikan oleh Tn Choong Yew Lim, Ahli Majlis MPSJ merangkap Pengerusi JKP MPSJ Zon 15. Lebih kurang 150 org penduduk telah menghadirinya. Semua ajk bagi penggal 2007-2008 telah dilantik semula dan jwt penolong ketua lorong serta wakil bangsa cina & india telah diwujudkan bg memberikan lebih peluang kpd mereka untuk aktif dlm persatuan ini. Selepas acara berlangsung penduduk diraikan dgn jamuan BBQ & Karaok
Isnin, 18 Ogos 2008
Isnin, 11 Ogos 2008
GTG-RYG KENDURI KAHWIN DI RUMAH FEROZ TNB
Isnin, 4 Ogos 2008
KEMPEN KIBAR BENDERA MALAYSIA
Isnin, 28 Julai 2008
LWT TURUN PDG AHLI MAJLIS MPSJ
Satu lawatan turun padang dan majlis ramah mesra serta suaikenal bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ Zon 15 iaitu Tuan Choong Yew Lim telah diadakan pada 27 Jun 2008 jam 6 petang Ahad yang lalu.
Tn Choong telah memberikan komitmen untuk membantu segala permasalahan penduduk dan meminta pihak persatuan menyenaraikan segala permasalahan untuk diketengahkan beliau kepada pihak-pihak yang terlibat. Tn Choong juga memohon pihak persatuan menyenaraikan 2 nama penduduk untuk menganggotai JKP MPSJ Zon 15 agar segala aktiviti & program yg dirancangkan oleh beliau selaku ketua JKP Zon 15 dapat dimanafaat oleh penduduk taman ini.
Diakhir majlis tersebut, Tn Choong bersama Profesor Arbain selaku Naib Pengerusi persatuan diiringi bersama AJK dan penduduk telah membuat lawatan ke tapak surau, setor milik persatuan dan juga pagar serta kws bersemak milik pemaju yang sedang dibersihkan berhampiran Klinik Kesihatan Bt 14 Puchong.
MESYUARAT AJK
Baru-baru ini satu mesyuarat peringkat AJK telah diadakan disebuah restoran yg terkemuka di Puchong Utama iaitu yg terletak di bawah Jambatan berhampiran jln besar Puchong.
Agenda perbincangan adalah untuk menetapkan tarikh mesyuarat agung persatuan & juga mengenai tindakan yg harus diambil terhadap setor persatuan yg telah diberikan notis roboh oleh pihak MPSJ.
Mesyuarat berlangsung jam 9.30 hingga ke 11.30 malam, dan AJK 2 telah dijamukan dgn air sahaja oleh pihak Bendahari Persatuan
Isnin, 21 Julai 2008
GTG RYG BINA PONDOK KWL KESELAMATAN KE 2
Telah diadakan pd 20 Julai 2008 Ahad jam 9 pagi. Kehadiran penduduk adalah amat meberangsangkan dgn lebih kurang 30 penduduk yg hadir.
Tujuan pondok tersebut dibina adalah untuk dijadikan tempat kawalan keselamatan yg berfungsi menjaga keseluruhan kawasan Jalan PU 5/4 & 5/5 kerana didapati sejak akhir2 ini kws tersebut sering menjadi laluan org yg tidak berkenaan masuk ke tmn perumahan ini.
PERJUMPAAN BERSAMA TN GOBIND SINGH AHLI PARLIMEN PUCHONG
Satu perjumpaan dgn Tuan Gobind Singh, selaku Ahli Parlimen Puchong telah diadakan di Bilik Gerakan Parti DAP Bt, 14 Puchong pada 19 Julai 2008 Sbatu jam 6.00 petang.
Pihak persatuan telah diwakili oleh sendiri oleh pengerusi persatuan iaitu En. Affandi Baba, En Suliman Ali (AJK), En Fakhrul Zaini (AJK Surau) dan Setiausaha persatuan En Zuraidi Ali.
Agenda perjumpaan adalah untuk memohon kerjasama dan pertolongan Tn Gobind Singh agar dapat ditangguhkan sebarang tindakan Undang-Undang oleh pihak MPSJ ke atas Setor Sementara milik persatuan yg dibina tanpa kebenaran susulan daripada aduan pihak pemaju Hillcrest Garden.
Hasil drp perjumpaan tersebut Tn Gobind bersetuju untuk membuat lawatan ke taman ini bagi mengenalpasti permasalahan yg sebenarnya. Tarikh dan masa lawatan tersebut dijangkakan pada 26 Julai 2008 sabtu jam 6 petang
GTG RYG BAIKPULIH PAGAR KESELAMATAN PINTU UTAMA
telah diadakan pd 18 Julai 2008 jam 10.00 malam yang lalu. Dihadiri lebih kurang 20 org penduduk. Skop tugas menanggal semula semua poster & bendera parti politik yang dipasang di situ dan mengecat semula tong serta palang keselamatan tersebut.
terima kasih kepada Bendahari Halim kerana menyediakan jamuan Kopi Kaw dan 30 biji buah durian untuk dimakan bersama2 selepas gotong royong tersebut yg berakhir jam 12.00 malam
Rabu, 9 Julai 2008
SOROTAN XTVT 2007 - SUKANEKA KOMUNITI





telah diadakan dgn jayanya hasil perancangan rapi semua AJK yg memainkan peranan masing2
Majlis diserikan dgn kehadiran Ahli Parlimen Puchong, Tuan YB Lau Yeng Peng. Dimajlis tersebut beliau telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan penduduk bagi menjlnkan aktiviti. Sebelum acara Sukaneka bermula penduduk telah ditunjukkan demontrasi mencegah kebakaran oleh pihak Bomba Petaling Jaya.
Yg paling menyeronokkan dlm Sukaneka ini adalah kanak2, pelbagai hadiah yg disumbangkan oleh beberapa Sykt Koprat seperti Giant Puchong & Pasar Mini PPMJ Puchong Perdana. Terdapat juga acara cabutan bertuah yg boleh dikatakan 1/2 drp penduduk dpt menerimanya
SOROTAN XTVT 2007 - SAMBUTAN TAHUN BARU 2008
Rabu, 25 Jun 2008
SOROTAN AKTIVITI 2007
Majlis ziarah raya (Baraan) telah diadakan pd awal Syawal 2007 yang lalu dengan kehadiran lebih kurang 50 orang penduduk. Lebih kurang 20 rumah penduduk telah diziarahi pada malam tersebut dengan sesebuah rumah diperuntukkan masa dalam 10 minit sahaja. Sambil menziarahi penduduk berselawat beramai2 dan seterusnya membaca doa selamat untuk penghuni rumah tersebut. Dan menjadi satu kebangaan kepada penduduk dengan membuktikan hidup di tengah bandar kita mampu melakukan seperti yang diamalkan di kampung2.
SOROTAN AKTIVITI TAHUN 2007
SOROTAN AKTIVITI TAHUN 2007
Langgan:
Catatan (Atom)