Rabu, 25 Mac 2009

PROGRAM MESRA RAKYAT JKP MPSJ ZON 15

Penduduk bergambar ramai setelah majlis tamat
Peserta Senam Arobik yg mengharumkan nama PU 5

Antara penduduk yg hadir


Tarian daripada anak-anak PU 5




Satu persembahan yg bertenaga drp PU 5



Telah selamat diadakan pada 22 Mac 2009 bertempat di Puchong Court 1 baru-baru ini.





Terima kasih atas kehadiran lebih kurang 30 orang penduduk dalam majlis tersebut.





Terima kasih juga kepada pihak JKP kerana pemberian 3 buah hamper sebagai saguhati





atas persembahan senaman arobik serta tarian dari penduduk PU 5






Khamis, 19 Mac 2009

JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) ZON 15







Untuk makluman semua penduduk, Persatuan Penduduk PU 5, Puchong Utama ini adalah bernaung di bawah Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 15. Objektif penubuhan JKP ini adalah mengwujudkan hubungan dua hala dan persefahaman antara MPSJ dan penduduk, menyalurkan aktiviti dan mendapatkan maklumat permasalahan penduduk.






Tuan Choong Yew Lim, Ahli Majlis MPSJ telah dilantik untuk menerajui JKP Zon 15 ini dan sebarang permasalahan mengenai MPSJ boleh dikemukakan kepada beliau untuk dibawa ke peringkat MPSJ. Pihak persatuan berasa bebesar hati kerana pihak pengurusan JKP Zon 15 telah bersetuju melantik salah seorang Ahli Persatuan untuk menganggotai keahlian JKP ini.



Pihak persatuan telah melantik En. Arba'ain Bin Jaffar selaku Timbalan Pengerusi, Persatuan Penduduk PU 5, untuk menganggotai JKP tersebut dan mengetuai Biro Kebersihan dan Alam Sekitar.






Pada 08 Januari 2009 yang lalu, pihak JKP telah menganjurkan Dialog Bersama Polis di Dewan MPSJ Bt, 14 Puchong dan pihak persatuan penduduk telah menghantar 30 orang wakil bagi menghadirinya dan ianya mendapat pujian dan ucapan terima kasih daripada Tuan Choong. Pada 22 Mac 2009 Ahad ini pihak JKP akan menganjurkan Program Mesra Rakyat di Puchong Court1, Puchong Utama. Dimajlis tersebut pihak persatuan telah dilantik untuk menguruskan Senam Arobik, Persembahan Tarian Tradisional Dewasa dan Kanak-Kanak serta Kaunter Pemeriksaan Kesihatan. Diharap semua penduduk dapat menjayakan program tersebut.



Selasa, 17 Februari 2009

BAYARAN KAWALAN KESELAMATAN
















Pihak persatuan mengharapkan agar semua penduduk tanpa mengira pemilik mahupun penyewa yang menetap di Taman Puchong Utama PU 5 ini agar menjelaskan bayaran kawalan keselamatan mengikut tarikh yang ditetapkan.










Ini adalah kerana sebarang kelewatan akan menyebabkan pembayaran kepada pengawal keselamatan yang dilantik tidak mendapat gaji. Dimaklumkan juga bayaran tersebut digunakan untuk menampung segala aktiviti persatuan walaupun ianya dibantu serba sedikit oleh pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ Zon 15.










Besarlah harapan persatuan agar perkara ini tidak timbul lagi dimasa-masa akan datang kerana kita mendapat menafaat dari segi keselamatannya dan takut menjadi persoalan kepada masyarakat bahawa kita menumpang faedah daripada pembayaran hasil orang lain dan seterusnya masyarakat akan memingirkan kita.

Isnin, 19 Januari 2009

GTG RYG MASAK BUBUR ASYURA & LAMBOK
















Telah diadakan pd ahad 18 Januari 2009 yg lalu di wakaf taman. Kehadiran pduduk adalah lebih kurang 100 org & telah berganding bahu menyediakan 2 jenis bubur.










Terima kasih kpd semua pduduk drp pihak Psatuan.

PROJEK PERTANIAN PSATUAN PDUDUK (KEBUN)











Satu kws tanah yg berukuran lebih kurang 1 ekar dibelakang Klinik Kesihatan telah dimajukan oleh beberapa org penduduk untuk mengusahakan pelbagai tanaman kontan. Tanah tersebut pd dasarnya adalah hak milik pemaju & telah dibersihkan oleh pemaju susulan aduan drp pihak psatuan dimana ianya dijadikan tempat penjenayah melarikan diri.








Buat masa ini terdapat pelbagai tanaman di tanam dikws ini & penduduk kini sedang mengusahakan kolam ikan pula. Penduduk yg berminat adalah dipelawa untuk berkebun dikws tersebut disamping mendpt hasil ianya sebagai satu aktiviti riadah yg baik








Rabu, 3 Disember 2008

KENDURI KAHWIN RUMAH PAK KOB
















Gotong royong kenduri kahwin rumah Pak Kob telah diadakan pada 28 & 29 November 2008 yang lalu. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Rabu, 26 November 2008

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2008

Berikut adalah program yang akan dijalankan sepanjang bulan November 2008 ini

1) Gotong Royong kenduri kahwin anak lelaki En Yaakub pada 28 & 29 November 2008

2) Lawatan ke rumah saudara En Mohd Nazri Talib yang baru sahaja keluar dari Hospital
Serdang setelah sakit hampir 3 bulan

3) Pelancaran Kutipan Derma untuk anak kepada En Mustapha berusia 2 bulan yang berusia 2
bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang dan memerlukan perbelanjaan
pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM 20,000.00

Kerjasama daripada semua penduduk adalah diucapkan terima kasih.

Selasa, 28 Oktober 2008

LAGI GAMBAR RAYA
















MAJLIS HARI RAYA 2008

Antara pduduk yg hadir di majlis tersebut


Ni baru betul2 raya weh

Ustaz Idham bersama AJK Surau


En Afendi sedang menyerahkan duit raya - hrp jgn kosong ye, sian bebudak







Syukur Alhamdulilah akhirnya majlis tersebut berjaya dilaksanakan pd 26 Oct 2008 Ahad jam 8.30 malam yg lalu. Kehadiran penduduk adalah lebih kurang dlm 200 org & sambutan tersebut adalah amat memberangsangkan & menunjukkan peningkatan tidak kira dari kaum lain Cina, India dan juga warganegara Bangladesh yg menginap dikws ini.










Majlis dimulakan dgn bacaan doa selamat Ustaz Ali Yahya & seterusnya penduduk dijamukan dgn juadah hari raya iaitu lemang & nasi impit serta juadah yg dibawa oleh penduduk. Penduduk juga dihiburkan oleh pertandingan Karaoke yg diadili oleh Kak Erin, Pak Kob & Tn Nizam. Tetamu VIP yg menghadirkan diri adalah Ustaz (Cikgu) Idham Mantan (bekas) calun PAS bg DUN Sri Serdang. Seterusnya persembahan tarian drp anak2 penduduk. Dimajlis tersebut juga diadakan kutipan bagi Tabung Pembinaan Surau serta Derma kepada En Nazri Abd Talib yg terlantar sakit di Hospital selama hampir 3 bulan disamping itu juga kutipan t.tangan penduduk bagi menyokong permohonan surau telah dijalankan.










Pertunjukkan bunga api & mercun telah disumbangkan oleh En Dzulkifli (Public Bank) & En Norhisham (MPSJ). Selepas itu pemberian cendermata kpd peserta Khatam Al Quran serta hadiah kpd penduduk yg cemerlang di mana Tn Bendahari kita En Halim telah memenanginya buat kali ke 2 berturut2. Kaum wanita pula dimenangi oleh Kak Ana manakal Tokoh Vateran telah dimenangi oleh En Yaakob. En Khadzir pula memenangi pertandingan Karaoke Terbaik, En Samad memenangi anugerah Peladang Jaya & En Zuraidi memenangi Anugerah IT manakala pasangan En Megat Hushain & isteri memenangi Anugerah Pakaian Sedondong Hari Raya. Diakhir majlis kanak telah diberikan duit raya daripada Tabung Persatuan oleh Tuan Pengerusi En Afandi Baba.











Rabu, 22 Oktober 2008

MAJLIS ZIARAH RAYA 2008

Penduduk berposing dihdp kamera Akhbar Sinar Harian
Ziarah bermula
salah sebuah rumah penduduk yg diziarahi
Bacaan doa selamat

Seperti ditahun2 lepas pihak persatuan akan mengadakan ziarah raya ke rumah penduduk bagi mengerat silatulrohim dibulan syawal yg mulia ini.


Ziarah raya kali ini dilangsungkan sebanyak 2 kali iaitu pd 10 & 12 Oct 2008 jam 8 malam.


Pada mlm pertama ianya diadakan di Blok hadapan iaitu di Jln PU 5/1, 5/1A, 5/2, 5/3A & 5/3.

Ianya diketuai oleh Ustaz Ali sebagai Pengerusi Surau & dibantu oleh En Yakob bagi bacaan doa selamat. Lebih kurang 15 rumah telah diziarahi pd mlm tersebut dan ianya mendpt liputan akhbar Sinar Harian & disiarkan pada 14 Oct 2008. Majlis tamat pada jam 11.30 malam



Manakala pada 12 Oct 2008 pula diadakan di Blok Belakang iaitu di Jln PU 5/4 & 5/5


Pihak persatuan merakamkan terima kasih kepada semua penduduk yang menjayakan majlis tersebut dan juga memohon ribuan ampun maaf dimana ada rumah penduduk tidak dpt diziarahi dan insyallah bagi tahun2 akan datang pihak persatuan akan membuat perancangan yang rapi agar dan lebih teratur kerana bilangan penduduk yg semakin ramai.

Selasa, 7 Oktober 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA & KHATAM AL-QURAN

MUSLIMAT SEDANG BERBUKA DGN PELBAGAI JUADAH

ANTARA USTAZ & TUAN HAJI YANG HADIR
ANTARA QARI YANG TERHEBAT

Telah diadakan pada 25 September 2008 bertempat di Surau Wakaf. Majlis berbuka puasa ini julung2 kalinya diadakan di kawasan perumahan kita ini dan Alhamdulilah kehadiran penduduk adalah amat membangakan dalam lebih kurang 30 orang termasuk kanak-kanak. Selepas berbuka penduduk menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Ali.


Manakala selepas solat tarawih diadakan mula Majlis Khatam Al-Quran bersama jemaah muslimat yang dipimpin oleh Ustaz Ali sendiri. Semua penduduk yg hadir menerima sumbangan hadiah & bunga telur.

Khamis, 25 September 2008

SOLAT TARAWIH DI SURAU WAKAF

ANTARA PENDUDUK YG HADIR UNTUK BERSOLAT TARAWIH & WITIR

KAUM MUSLIMAH TURUT HADIR
SEPERTI BIASA SELEPAS SOLAT TARAWIH, JEMAAH AKAN DIHIDANGKAN DGN JUADAH MOREH SUMBANGAN DARI PENDUDUK MENGIKUT GILIRAN MASING2